Jurgen Klopp tidak pernah meragui keupayaan Daniel Sturridge

Jurgen Klopp menegaskan, dia tidak pernah meragui keupayaan Daniel Sturridge


selepas penyerang England itu meledak dua gol untuk membantu pasukannya melangkah ke suku akhir Piala Liga Inggeris, hari ini.


Jaringan Sturridge pada minit kesembilan dan 64 membantu Reds menumpaskan Tottenham 2-1 di Anfield, malah ia adalah gol pertama dihasilkan pemain berusia 27 tahun itu buat kelab sejak Ogos lalu.


Kedua-dua jaringan Sturridge diperoleh dalam situasi satu lawan satu dengan penjaga gol lawan, Michel Vorm. Vincent Janssen merapatkan jurang buat Spurs menerusi sepakan penalti pada minit ke-76, namun sudah terlambat untuk mengejar Reds.

Klopp membuat beberapa pertukaran dalam kesebelasan utama dengan membawa ma­suk Trent Alexander-Arnold dan Ovie Ejaria.

Sementara itu, Alex Oxlade-Chamberlain berjaya menyuntik keyakinan kepada pengurus Arsenal, Arsene Wenger selepas pemain tengah itu membantu Gunners menundukkan kelab divisyen kedua, Reading 2-0 di Stadium Emirates.

Oxlade-Chamberlain meledak dua gol pada setiap babak permainan untuk mengekalkan rekod tanpa kalah mereka musim ini. – AGENSI

Rujukan: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/sturridge-ada-kualiti-8211-klopp-1.399997
Judi Online Malaysia: Empire777


Free Bonus Casino